Sabtu, 16 Oktober 2010

PEMERENGGANAN DAN TEKNIK MENSTRUKTUR IDEA

MENCARI DINAMIKA POLITIK KAMPUS

Ayat Tesis

Fenomena ini menyaksikan bagagimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka.Tindakan secara agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan ifat mereka yang idealis.Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka perolehi

Ayat Topik
contohnya:-

1-Pilihan raya kampus
Apa yang menarik,pemilihan pada kali ini disifatkan agak 'panas' kerana isu perlaksanaan e-undi di Universiti Malaya (UM).

2-Terima cadangan
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan perlaksanaan pemilihan MPP.Menteri juga sudah menyatakan kesediaanya untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan tertib dan aman.

3-Pengalaman baru
Pemilihan MPP juga memperlihatkan pengalaman baru bagi sesetengah kampus seperti Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) apabila kali kedua melaksanakanya sejak ia diperkenalkan tahun lalu.

Perenggan Deduktif
contohnya:-

1-Pilihan raya kampus
Deduktif Umum -Pemilihan MPP pada kali ini yang dilangsungkan di semua institusi awam nampaknya sudah berakhir.

Deduktif Khusus-Setelah sekian lama menggunakan kaedah manual dalam melaksanakan pemilihan MPP,penggunaan e-undi di UM dilihat sesuatu yang amat baru dan menarik perhatian banyak pihak.Isu seperti keyakinan kepada sistem, ketelusan pemilihan dan undi adalah rahsia pengundi menjadi topik utama yang dibahaskan.


 Perenggan Induktif
contohnya:-

1-Pengalaman baru
Induktif Umum-Sebanyak 13 kerusi dipertandingkan iaitu lima kerusi diperuntukan bagi kawasan kampus manakala lapan 8 kerusi diagihkan bagi kawasan fakulti.

Induktif Khusus-Jika sebelum ini pelajar dikatakan bersosial dalam lingkungan rakan etnik yang sama saja,label seperti proaspirasi dan promahasiswa dikhuatiri akan menjarakkan lagi rantaian sosial antara mereka.

Perenggan Deduktif Kompleks
Contohnya-

-Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka...Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka perolehi.

Perenggan Pengenalan

Menggunakan teknik kontras masa. contohnya-Fenomena 'the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia.

Perenggan Penutup

Rencana penulis tidak memaparkan penutup.

Perenggan Transisi

...kita mampu membangunkan kedinamikan politik kampus yang mempunyai potensi lebih baik.mungkin inisatu inovasi yang perlu dilaksanakan?

Perenggan Dialog

diluahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi "saya pasti label seperti ini tidak wajar diteruskan apatah lagi calon yang bertanding adalah atas tiket individu

3 Ciri Perenggan Yang Baik

Kejelasan-Dilaporkan 81 peratus sudah turun mengundi pada 3 februari lalu

Kesatuan- larangan melabelkan calon yang bertanding dalam pemilihan MPP pernah diluahkan oleh.....perpecahan di kalangan pelajar sebelum, menjelang dan pasca pemilihan MPP wajar diperbaiki...

Kepautan-tiada

Teknik Penstrukturan Idea

1-Teknik Analogi-Fenomena the angry young man atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa....

2-Teknik fungsi-Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diadakan setiap tahun boleh menjadi contoh terbaik bagaimana pertembungan idea dan pemikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaan yang terkawal.... sebahagian daripada rutin menarik yang mewarnai pemilihan MPP saban tahun.

3-Teknik Petikan-diluahkan oleh bekas Perdana Menteri Tun  Abdullah Ahmad Badawi' saya pasti label seperti ini tidak wajar diteruskan apatah lagi calon yang bertanding adalah atas tiket individu..

Selasa, 28 September 2010

LANGKAH PERTAMA

Perjalanan ini terasa amat menyedihkan..
sayang engkau tak duduk di samping ku kawan.
banyak kisah pastinya kau saksikan
ditanah kering berbatuan..

Langkah pertamaku tidak menerangkan deritaku..
tapi cukup berbisa merasai, menjiwai, meratapi tomahanmu
apalah dosa kau tingalkan rasaku di tanah ini.
perit berbagai rasa..

Andai dapat ku undurkan masa silam
inginku ubahrasa sayang..
kepada cintaku yang lebih dalam..
berlari kasih diufuk malam

Perhitungan kasih kita terhenti di sini.
di kaki malam yang dingin
membelai jiwa yang kering
tanpa cinta yang kini terasing

Ku tak punya harta
jauh sekali wang berjuta
yang tinggal hanyalah diriku
yang kian dihimpit rindu..

Ulasan Filem Jaka Swara arahan Rhoma Irama

Filem Jaka Swara merupakan sebuah filem patriotik Negara Indonesia yang mengisahkan tentang Jaka seorang anak muda yang rajin.Ayahnya merupakan seorang ulama yang tinggi ilmu persilatan bernama Haji Abdullah.Konflik bermula setelah Haji Abdullah dibunuh oleh penjajah Portugis akibat membela nasib rakyat Indonesia.Akibat daripada pembunuhan ayahnya,Jaka telah berazam untuk menuntut bela terhadap kematian ayahnya.Lalu bermulalah perjalanan hidup Jaka dalam menuntut ilmu Persilatan Garuda Putih.Dalam filem  yang durasinya 1 jam 30 minit ini,penonton akan dihidangkan dengan berbagai aksi-aksi mendebarkan yang dibantu oleh teknik-teknik pencahayaan yang moden.Sketsa-sketsa sedih yang dilakonkan oleh aktor yanita popular Indonesia Camelia Malik ternyata mampu meruntun hati penonton.Namun lakonanya dalam babak cemas kurang memberangsangkan dan kelihatan kaku.Plot cerita yang kadang kala agak membosankan dengan babak-babak cinta yang kelihatan agak melampau mungkin menjadikan filem ini kurang sesuai bagi tontonan para Remaja.tetapi bagi peminat filem aksi,Filem Jaka Swara ini wajar ditonton..
Hari Raya Aidilfitri sudah pun berlalu.Sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia menyambutnya dengan penuh meriah.Tetapi ada kalangan rakyat Malaysia yang menyambutnya dengan pembaziran yang melampau-lampau.Wajarkah ini terjadi sedangkan Islam khususnya menggalakkan umatnya supaya bersederhana dalam apa jua yang dilakukan hatta dalam menyambut Aidilfitri sekalipun.Namun adakah kita semua peka dengan apa yany telah disyariatkan oleh Islam..fikir-fikirkanlah

Selasa, 17 Ogos 2010

SEPI MENCENGKAM JIWA

DALAM DEKAT DUA PULUH INI
TERUNGKAP RASA PILU
BILA KATA YANG TERBIT DI TAMAN HATI
KINI KELAM DIMAMAH MIMPI

DALAM DEKAT INI JUGA
PERGIMU MEMBAWA SEJUTA MAKNA
BILA CINTA YANG DIJULANG
TANPA PENGHARAPAN
TANPA TUJUAN

MENGAPA PERGIMU TIADA KHABARAN
TINGALKAN DIRIKU TANPA PESANAN
HANYA DOAMU MENJADI INGATAN
PADA DIRIKU YANG KINI SENDIRIAN