Sabtu, 16 Oktober 2010

PEMERENGGANAN DAN TEKNIK MENSTRUKTUR IDEA

MENCARI DINAMIKA POLITIK KAMPUS

Ayat Tesis

Fenomena ini menyaksikan bagagimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka.Tindakan secara agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan ifat mereka yang idealis.Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka perolehi

Ayat Topik
contohnya:-

1-Pilihan raya kampus
Apa yang menarik,pemilihan pada kali ini disifatkan agak 'panas' kerana isu perlaksanaan e-undi di Universiti Malaya (UM).

2-Terima cadangan
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan perlaksanaan pemilihan MPP.Menteri juga sudah menyatakan kesediaanya untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan tertib dan aman.

3-Pengalaman baru
Pemilihan MPP juga memperlihatkan pengalaman baru bagi sesetengah kampus seperti Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) apabila kali kedua melaksanakanya sejak ia diperkenalkan tahun lalu.

Perenggan Deduktif
contohnya:-

1-Pilihan raya kampus
Deduktif Umum -Pemilihan MPP pada kali ini yang dilangsungkan di semua institusi awam nampaknya sudah berakhir.

Deduktif Khusus-Setelah sekian lama menggunakan kaedah manual dalam melaksanakan pemilihan MPP,penggunaan e-undi di UM dilihat sesuatu yang amat baru dan menarik perhatian banyak pihak.Isu seperti keyakinan kepada sistem, ketelusan pemilihan dan undi adalah rahsia pengundi menjadi topik utama yang dibahaskan.


 Perenggan Induktif
contohnya:-

1-Pengalaman baru
Induktif Umum-Sebanyak 13 kerusi dipertandingkan iaitu lima kerusi diperuntukan bagi kawasan kampus manakala lapan 8 kerusi diagihkan bagi kawasan fakulti.

Induktif Khusus-Jika sebelum ini pelajar dikatakan bersosial dalam lingkungan rakan etnik yang sama saja,label seperti proaspirasi dan promahasiswa dikhuatiri akan menjarakkan lagi rantaian sosial antara mereka.

Perenggan Deduktif Kompleks
Contohnya-

-Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka...Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka perolehi.

Perenggan Pengenalan

Menggunakan teknik kontras masa. contohnya-Fenomena 'the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia.

Perenggan Penutup

Rencana penulis tidak memaparkan penutup.

Perenggan Transisi

...kita mampu membangunkan kedinamikan politik kampus yang mempunyai potensi lebih baik.mungkin inisatu inovasi yang perlu dilaksanakan?

Perenggan Dialog

diluahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi "saya pasti label seperti ini tidak wajar diteruskan apatah lagi calon yang bertanding adalah atas tiket individu

3 Ciri Perenggan Yang Baik

Kejelasan-Dilaporkan 81 peratus sudah turun mengundi pada 3 februari lalu

Kesatuan- larangan melabelkan calon yang bertanding dalam pemilihan MPP pernah diluahkan oleh.....perpecahan di kalangan pelajar sebelum, menjelang dan pasca pemilihan MPP wajar diperbaiki...

Kepautan-tiada

Teknik Penstrukturan Idea

1-Teknik Analogi-Fenomena the angry young man atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa....

2-Teknik fungsi-Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diadakan setiap tahun boleh menjadi contoh terbaik bagaimana pertembungan idea dan pemikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaan yang terkawal.... sebahagian daripada rutin menarik yang mewarnai pemilihan MPP saban tahun.

3-Teknik Petikan-diluahkan oleh bekas Perdana Menteri Tun  Abdullah Ahmad Badawi' saya pasti label seperti ini tidak wajar diteruskan apatah lagi calon yang bertanding adalah atas tiket individu..